Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Kursus Kek dan Biskut (24 dan 25 Julai 2010)

Peserta kursus biskut raya  bergambar kenangan.

Peserta kursus Kek Popular bergambar ramai.

 
Puan Noraini menunjukkan cara menghias kek.

Pelbagai jenis kek telah disediakan.

 
Inilah kelas kita yang terakhir sebelum raya ni iaitu Kelas Kek Popular dan Biskut Raya yang telah diadakan pada minggu lalu. Ramai peserta yang telah hadir dan ada yang merancang untuk ambil tempahan hari raya nanti. Baguslah kalau gitu ada semangat untuk buat bisnes.Akhir kata,Selamat Maju Jaya pada anda semua.

Kelas Terakhir pada 24 Julai dan 25 Julai 2010

Assalamualaikum, nampaknya kelas masakan kita sudahpun sampai ke penghujungnya. Kelas terakhir akan berlangsung pada 24 Julai dan 25 Julai iaitu kursus Kek Popular dan juga Biskut Raya. Kedua-dua kelas ini sudahpun penuh. Ramai yang menalifon untuk memasuki kedua kelas ini tetapi  saya terpaksa menolak kerana tidak mahu kelas menjadi terlalu sesak dan padat. Cukuplah sekadar 20 lebih peserta saja. Bagi anda yang telah confirm hadir, silalah menghadirkan diri anda sebelum pukul 10 pagi.Kelas akan bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang (lebih kurang).Pada anda yang terlepas peluang untuk menghadiri kelas terakhir ini, janganlah pulak merajuk ye.Kelas akan disambung semula pada pertengahan bulan Oktober nanti.

Kursus Kek Lapis Sarawak (17 Julai 2010)

Kek Lapis jenis gulung.
Para peserta bergambar kenangan.
Ini kek lapis bercorak pula.



Kursus Kek Lapis Sarawak telahpun diadakan pada minggu lepas. Seramai 15 orang peserta telah menghadiri kursus ini.Nampaknya mereka teruja sangat untuk membuat kek lapis pada hari raya nanti. Ada juga yang bercadang untuk  mengambil tempahan. Apa-apapun kenalah cuba dulu resipi tu.Dah cantik jadinya barulah ambil order. OKlah selamat maju jaya diucapkan kepada anda semua.

Kursus Talam dan Swissroll (10 dan 11 Julai)

Peserta memotong kuih talam.
Para peserta bergambar kenangan.

Para peserta kursus bahulu bergambar ramai.


Kursus yang telah berlangsung minggu lepas ialah Kursus Talam dan Kursus Bahulu & Swissroll . Ramai peserta yang telah hadir. Mereka nampaknya berminat untuk buat bisnes pada bulan puasa akan datang ni.Walau apapun, anda hendaklah mencuba resipi sehingga betul-betul menjadi barulah dibuat jual.Moga sukses  kepada anda semua.

Kursus Kek Keju dan Biskut Raya (3 dan 4 Julai 2010)

Sebahagian kek keju yang dihasilkan.
Para peserta kursus kek keju.
Aneka biskut raya.

Peserta kursus biskut raya bergambar kenangan.


Kursus Kek Keju dan Biskut Raya telah berlangsung pada 3 dan 4 Julai yang lalu.Seramai 23 peserta mengikuti kelas Kek Keju dan 21 peserta mengikuti kelas Biskut Raya. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya mengikuti kursus ini. Moga anda semua sukses selalu.