Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Kursus Roti 27 Jun 2010

Roti hotdog roll.
Para peserta bergambar kenangan.

Roti enak hasil tangan peserta.


Alhamdulillah kursus roti  telahpun berjaya diadakan pada minggu lepas. Seramai 22 peserta mengikuti kursus ini.Tahniah diucapkan kepada para peserta  yang telah memberikan kerjasama yang baik.Saya doakan anda semua sukses selalu dalam bidang yang diceburi.

Kursus Frozen Food dan Kek Cawan pada 19 dan 20/6/2010

Kuih frozen yang telah disiapkan.
Peserta kursus frozen bergambar ramai.
Wah! kemain sibuk akak kita membuat kek cawan.
Sebahagian kek cawan yang disiapkan peserta.
Peserta kursus kek cawan.


Dua kursus telah berlangsung iaitu Kursus Frozen Food dan Kursus Kek Cawan.Kedua-dua kursus telah mendapat sambutan yang sangat baik dari para peserta.Seramai 21 orang peserta mengikuti kursus frozen dan 19 orang mengikuti kursus Kek Cawan. Tahniah kepada para peserta yang telah mengikuti kursus hingga tamat dan selamat maju jaya diucapkan kepada anda semua.

Mencecah hit ke sejuta pada 14 Jun 2010

Syukur ke hadrat Illahi kerana blog resipinoraini telah mencapai hit ke sejuta pada hari ini. Terimakasih di atas kunjungan anda semua dan saya berharap resipi, tip dan panduan yang tersiar dalam blog ini memberi manfaat kepada anda semua. Insyaallah , jika diizinkan olehNya, blog resipinoraini akan diupgrade ke website yang lebih cantik dan kemas.Adalah menjadi harapan saya untuk mempunyai domain sendiri satu hari nanti.Tentang perkembangan Aniz Baking Centre, kursus-kursus akan berlangsung sehingga bulan Julai ini.Kami akan bercuti panjang sempena Ramadan dan Hari raya Aidil Fitri. Lepas raya banyak pulak photo shoot untuk buku baru seperti Roti dan Pastri dan  buku kek. Kalau tidak ada aral melintang, kursus akan disambung semula pada November 2010.

Kursus Bahulu 12/6 dan Biskut Raya 13/6/2010.

Peserta kursus bahulu bergambar kenangan.
Biskut-biskut yang telah dihasilkan.
Sebahagian peserta kursus biskut raya.
Peserta kursus biskut raya bergambar kenangan.


Dua kelas telah berlangsung pada hujung minggu lepas iaitu Kursus bahulu yang telah dihadiri oleh 16 peserta dan Kursus Biskut Raya yang telah dihadiri oleh 26 orang peserta.Syabas diucapkan kepada para peserta yang datang dari jauh seperti Brunei, Kelantan, Pahang, Johor dan lain-lain tempat.Saya berharap anda mencuba resipi-resipi yang telah dipelajari . Moga anda sukses selalu.

Kursus Kek Keju 6/6/2010

Sebahagian peserta bersama kek.
Kek Keju dihias ringkas.
Para peserta bergambar kenangan.

Kursus Kek Keju telahpun berlangsung  pada 6 Jun yang lalu.Seramai 22 peserta telah mengikuti kursus ini.Hari Raya nanti bolehlah sediakan kek keju untuk tetamu yang datang.Syabas diucapkan kepada para peserta yang bersungguh-sungguh mengikuti kursus ini hingga tamat.Akhir kata,Selamat Maju Jaya kepada anda semua.

Jadual Bulan Julai 2010

3/7/2010 (Sabtu) - ANEKA KEK KEJU (Yuran RM150)
Mempelajari cara membuat 6 jenis kek keju popular yang menggunakan kaedah bakar dan mendingin seperti, Kek Keju Tiramisu, Cotton Cheese Cake, Kek Keju Blueberi, Kek Keju New York, Kek Keju Brownies Kukus, Kek Keju Oreo. Turut ditunjukkan cara menghias kek keju tersebut agar cantik dipandang.

4/7/2010 (Ahad) - ANEKA BISKUT RAYA (Yuran RM150)
Resipi : B.Almond London,B.Cip Coklat,Tat Gulung ,Tat SriNona,Semperit ,Biskut Strawberi,B.Aiskrim,B.Gajus, Coklat Srikandi dan 3 resepi bonus.Tip bisnes biskut raya dan panduan membuat biskut.

10/7/2010 (Sabtu) - ANEKA TALAM DAN KUIH KOMERSIL (Yuran promosi RM120)
Resipi : Talam Cendol, Talam Keladi, Talam Suji, Serimuka Pandan,Kuih Gula Hangus (Sarang Lebah), KUih Tepung Pelita, Kuih Bakar Bijan, Puteri Ayu dan 4 resipi bonus kuih talam yang gerenti jadi.

11/7/2010 (Sabtu) - BAHULU DAN SWISSROLL (Yuran Promosi RM120)
Resipi : Bahulu Cermai, Bahulu Cappucino,Bahulu Pandan,Bahulu Kemboja,Bahulu Gulung,Swissroll Marble,Benji Roll,Blueberi Swissroll. Petua bahulu tahan lama dan packaging.

17/7/2010 (Sabtu) - KEK LAPIS SARAWAK (Yuran promosi RM120)
Resipi : Kek lapis Semarak, Kek Lapis Kincir Angin,Kek Lapis Prun,Kek Roll Senandung,Kek Roll Ceria. Turut diajar cara memotong dan menyusun kek untuk membuat pelbagai corak yang menarik.

18/7/2010 (Ahad) - KEK CAWAN DAN HIASANNYA (Yuran RM150)
Resipi : Kek Cawan Oren, Kek Cawan Coklat, K.C.Kismis Walnut, Kek Cawan Pandan dan 3 resipi bonus.Cara membancuh krim mentega dan menghias kek cawan dengan pelbagai corak menggunakan piping jelly, krim mentega.

24/7/2010 (Sabtu) - KEK POPULAR (Yuran RM150)
Resipi : Kek Span Vanila, Kek Span Coklat, Kek Pelangi,Kek Mentega Oren,Kek Buah, Kek Chocolate Moist bertopping coklat ganache, Kek Black Forest (Cara menghias kek), Kek Blueberi (cara menghias) dan Pandan Layer Cake.

25/7/2010 (Ahad)) - ANEKA BISKUT RAYA (Yuran RM150)
Resipi : B.Almond London,B.Cip Coklat,Tat Gulung ,Tat SriNona,Semperit ,Biskut Strawberi,B.Aiskrim,B.Gajus, Coklat Srikandi dan 3 resepi bonus.Tip bisnes biskut raya dan panduan membuat biskut.

Kursus dijalankan secara bengkel dari pukul 10 pg - 5 ptg.Yuran adalah RM150 untuk peserta pertama kali dan RM130 untuk bekas peserta kecuali kursus harga promosi seperti jadual diatas dimana semua peserta membayar harga yang sama iaitu RM120.Yuran dibayar pada hari kursus. Untuk mendaftar dan membuat tempahan, anda boleh menalifon ke 03-31675408 atau sms nama dan tarikh kursus ke 014-3247478.(Pn.Noraini).Tempahan melalui emel perlu menyertakan no. handphone sekali.Kursus diadakan di Aniz Baking Centre, Taman Samudra, Batu Caves, Selangor. Sijil diberikan kepada para peserta. Anda tidak perlu membawa barang kecuali pen dan yuran saja.