Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Kursus Talam (29/5/10) dan Kursus Roti (30/5/10)

Peserta kursus Kuih Talam bergambar kenangan.
Kuih puteri ayu yang dihasilkan.
Beraneka jenis kuih talam.
Ini pula peserta kursus roti sedang mencanai roti.
Para peserta bergambar sebagai kenangan.

Dua kursus telah berlangsung pada hujung minggu lepas iaitu Kursus Talam dan Kursus Roti. Ramai orang jauh yang menyertai kursus ini seperti dari Brunei,Sarawak,Johor dan lain-lain. Tahniah diucapkan kepada anda semua yang telah berjaya mengikuti kursus ini hingga tamat. Saya doakan anda semua sukses selalu.

Kursus Kek Lapis 22 Mei 2010

Para peserta kursus kek lapis bergambar kenangan.
Sebahagian kek lapis yang dibuat dalam kelas.


Kursus Kek Lapis Sarawak telahpun berlangsung pada 22 Mei yang lalu. Seramai 13 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Mereka menunjukkan minat yang tinggi dalam pembuatan kek lapis.Saya berharap anda akan mencuba resipi-resipi yang dipelajari untuk hidangan hari raya nanti.

Kursus Kek Lapis Sarawak 22 Mei Masih Ada Kosong

Assalamualaikum, apa khabar para pengunjung semua. Harap anda semua sihat sejahtera hendaknya. Saya ingin memberitahu bahawa pada hari Sabtu ini akan diadakan kursus Kek Lapis Sarawak. Kursus ini masih ada beberapa kekosongan tempat. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini bolehlah menghubungi Puan Noraini  di no.014-3247478. Yuran promosi adalah RM120 saja. Anda tidak perlu membawa apa-apa barang kecuali pen dan yuran saja.

Kursus Kek dan Biskut Raya (15 dan 16 Mei 2010)

Pelbagai kek yang dipelajari pada kursus Kek Popular.
Peserta kursus kek bergambar ramai.
Ini pula peserta kursus biskut sedang mencuba skill masing-masing.
Amboi tersenyum simpul akak kita yang sorang tu.
Macam-macam biskut yang telah dihasilkan.


Alhamdulillah,sudah pun selesai dua kursus pada hujung minggu lepas. Kursus Kek Popular pada 15/5 dan Biskut Raya pada 16/5. Seramai 24 peserta mengikuti kursus Kek Popular dan 22 peserta mengikuti kursus Biskut Raya.Ramai juga peserta yang datang dari jauh seperti Kota Tinggi Johor,Kelantan, Pahang, Perak dan lain-lain.Syabas diucapkan kepada anda semua yang sanggup datang dari jauh untuk menimba ilmu. Saya doakan kepada semua peserta agar berjaya dalam bidang yang diceburi.

JADUAL BULAN JUN 2010

6/6/2010 (Ahad) - ANEKA KEK KEJU (Yuran RM150)
Mempelajari cara membuat 6 jenis kek keju popular yang menggunakan kaedah bakar dan mendingin seperti, Kek Keju Tiramisu, Cotton Cheese Cake, Kek Keju Blueberi, Kek Keju New York, Kek Keju Brownies Kukus, Kek Keju Oreo. Turut ditunjukkan cara menghias kek keju tersebut agar cantik dipandang.

12/6/2010 (Sabtu) - BAHULU DAN SWISSROLL (Yuran Promosi RM120)
Resipi : Bahulu Cermai, Bahulu Cappucino,Bahulu Pandan,Bahulu Kemboja,Bahulu Gulung,Swissroll Marble,Benji Roll,Blueberi Swissroll. Petua bahulu tahan lama dan packaging.

13/6/2010 (Ahad) - ANEKA BISKUT RAYA 2 (Yuran RM150)
Resipi : B.Almond London,B.Cip Coklat,Tat Gulung ,Tat SriNona,Semperit ,Biskut Strawberi,B.Aiskrim,B.Gajus, Coklat Srikandi dan 3 resepi bonus.Tip bisnes biskut raya dan panduan membuat biskut.

19/6/2010 (Sabtu) - FROZEN FOOD (DINGINBEKU) (Yuran RM150)
Resipi : Pau lembut,Donat, Karipap Pusing,Cucur Badak,Bom Bijan, Kuih Rengas, Samosa, Popia dan 3 resipi bonus.Penerangan tentang cara pembungkusan dan penyimpanan agar tahan lama.

20/6/2010 (Ahad) - KEK CAWAN DAN HIASANNYA (Yuran RM150)
Resipi : Kek Cawan Oren, Kek Cawan Coklat, K.C.Kismis Walnut, Kek Cawan Pandan dan 3 resipi bonus.Cara membancuh krim mentega dan menghias kek cawan dengan pelbagai corak menggunakan piping jelly, krim mentega.

26/6/2010 (Sabtu) - KEK POPULAR (Yuran RM150)
Resipi : Kek Span Vanila, Kek Span Coklat, Kek Pelangi,Kek Mentega Oren,Kek Buah, Kek Chocolate Moist bertopping coklat ganache, Kek Black Forest (Cara menghias kek), Kek Blueberi (cara menghias) dan Pandan Layer Cake.

27/6/2010 (Ahad)) - ANEKA ROTI DAN PASTRI (Yuran RM150)
Mempelajari cara membuat roti ban manis kaedah sponge dough seperti sosej roll, plait bread,red bean bun,mix vege bun, donat dan  pizza. Turut mempelajari cara pelbagai tart seperti tat keju blueberi,tartlet buah dan tat telur.

Kursus dijalankan secara bengkel dari pukul 10 pg - 5 ptg.Yuran adalah RM150 untuk peserta pertama kali dan RM130 untuk bekas peserta kecuali kursus harga promosi seperti jadual diatas dimana semua peserta membayar harga yang sama iaitu RM120.Yuran dibayar pada hari kursus dan sebarang tempahan boleh dibuat melalui telefon 03-31675408 atau sms nama dan tarikh kursus ke 014-3247478.(Pn.Noraini).Kursus diadakan di Aniz Baking Centre, Taman Samudra, Batu Caves, Selangor. Untuk alamat lengkap dan peta lokasi, sila layari http://www.resipinoraini.blogspot.com/ Sijil diberikan kepada para peserta. Anda tidak perlu membawa barang kecuali pen dan yuran saja.

Kursus Roti dan Kek Cawan - 8 dan 9 Mei 2020

Peserta sedang mengisi adunan kek.
Hasil kreatif para peserta kek cawan.
Para peserta bergambar kenangan.

Sebahagian roti yg dipelajari dalam kelas roti.(maaflah gambar ramai-ramai lupa nak ambil)


Pada hujung minggu lepas telah berlangsung kursus Roti dan Pastri (8 Mei) dan kursus Kek Cawan dan Hiasan (9 Mei).Alhamdulillah, kursus telah berlangsung dengan jayanya dimana 23 peserta menghadiri kursus roti dan 20 peserta menghadiri kursus kek cawan. Tahniah diucapkan pada anda semua kerana berjaya menamatkan kursus. Diharap anda akan mencuba resipi-resipi yang dipelajari .Harap maaf kerana saya tidak sempat ambil gambar peserta kursus roti.