Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Kursus Bahulu dan Swissroll (21/3/2010)

Para peserta kursus Bahulu dan Swissroll
Kalau nak belajar buat benji roll yang warna-warni tu kursus bulan 4 ada lagi.

                                Aneka macam bahulu  telah dipelajari di kelas ini.
Pada 21/3 yang lepas telah berlangsung kursus Bahulu dan Swissroll.Seramai 13 peserta telah menghadiri kursus ini.Bermacam jenis swissroll dan bahulu telah dipelajari oleh para peserta. Syabas diucapkan atas kesungguhan anda semua. Semoga anda semua maju jaya.

Baki Kursus Bulan Mac 2010

Bulan Mac sudah sampai ke penghujungnya.Hanya tinggal tiga kursus lagi iaitu Kursus Bahulu dan Swissroll (21/3),Kursus Frozen Food (27/3) dan Kursus Kek Cawan &Hiasannya (28/3).Masih ada kekosongan untuk kursus-kursus ini dan jika anda berminat bolehlah menghubungi  Puan Noraini  atau sms nama anda dan tarikh kursus ke 014-3247478.

KELAS APRIL 2010

4/4/2010 (Ahad) - ANEKA KEK KEJU (Yuran RM150/130)
Mempelajari cara membuat 6 jenis kek keju popular yang menggunakan kaedah bakar dan mendingin seperti, Kek Keju Tiramisu, Cotton Cheese Cake, Kek Keju Blueberi, Kek Keju New York, Kek Keju Dwirasa, Kek Keju Oreo. Turut ditunjukkan cara menghias kek keju tersebut agar cantik dipandang.

10/4/2010 (Sabtu) - ANEKA ROTI DAN PASTRI (Yuran RM150/130)
Mempelajari cara membuat roti ban manis seperti sosej roll, plait bread,sardin bun, donat dan mini pizza. Turut mempelajari cara membuat puff pastry dan pelbagai tart seperti tat keju,tartlet buah dan tat telur.

17/4/2010 (Sabtu) - BAHULU DAN SWISSROLL (Yuran Promosi RM120)
Resipi : Bahulu Cermai, Bahulu Cappucino,Bahulu pandan,Bahulu Kemboja,Bahulu Gulung,Swissroll Marble,Benji Roll,Blueberi Swissroll.

18/4/2010 (Ahad) - KEK POPULAR (Yuran RM150/130)
Resipi : Kek Span Vanila, Kek Span Coklat, Kek Pelangi,Kek Mentega Oren,Kek Buah, Kek Chocolate Moist bertopping coklat ganache, Kek Black Forest (Cara menghias kek), Kek Blueberi (cara menghias) dan Pandan Layer Cake.

24/4/2010 (Sabtu) - FROZEN FOOD (DINGINBEKU) (Yuran RM150/130)
Resipi : Pau lembut,Donat, Karipap Pusing,Cucur Badak,Bom Bijan, Kuih Rengas, Samosa, Popia dan 3 resipi bonus.Penerangan tentang cara pembungkusan dan penyimpanan agar tahan lama.

25/4/2010 (Ahad) - ANEKA BISKUT RAYA 2 (Yuran RM150/130)
Resipi : B.Almond London,B.Cip Coklat,Tat SriNona,Semperit ,Biskut Strawberi,B.Aiskrim,B.Gajus, Coklat Srikandi dan 3 resepi bonus.Tip bisnes biskut raya dan panduan membuat biskut.

Kursus dijalankan secara bengkel dari pukul 10 pg - 5 ptg.Yuran adalah RM150 untuk peserta pertama kali dan RM130 untuk bekas peserta kecuali kursus-kursus harga promosi seperti jadual diatas.Semua peserta membayar harga yang sama iaitu RM120.Yuran dibayar pada hari kursus dan sebarang tempahan boleh dibuat melalui telefon 03-31675408 atau sms nama dan tarikh kursus ke 014-3247478.(Pn.Noraini).Kursus diadakan di Aniz Baking Centre, Taman Samudra, Batu Caves, Selangor. Untuk alamat lengkap dan peta lokasi, sila layari http://www.resipinoraini.blogspot.com/

Kursus Kuih Talam dan Kek Popular

                                Peserta kursus Kuih Talam bergambar kenangan.

                                Pelbagai talam dan kuih-muih telah dipelajari.

                                Kuih gula hangus atau sarang lebah pun ada.

                                Peserta kursus Kek Popular pun nak bergambar juga.

Kursus Kuih Talam dan Kek Popular telahpun berlangsung pada 13/3 dan 14/3 yang lepas.Seramai 14 orang peserta telah mengikuti Kursus Talam dan Kuih Komersil dan 22 orang peserta mengikuti Kursus Kek Popular. Tahniah kepada anda semua yang berjaya menamatkan kursus. Malah saya ada mendapat kiriman sms dari bekas peserta yang telah berjaya membuat kuih yang dipelajari tempohari. Syabas kepada anda.

Kursus Kek Lapis Sarawak





Seramai 16 peserta telah menghadiri kursus Kek Lapis Sarawak pada hujung minggu lepas. Tahniah diucapkan kepada anda semua kerana telah berjaya  menyempurnakan kursus. Lepas ni rajin-rajinlah buat kek lapis dan kalau dah pandai bolehlah ambil order pulak. Oklah, good luck to all of you.

Kursus Kek Popular dan Kek Cawan


                                Peserta Kek Cawan bersama hasil kerja mereka.
                                Macam-macam design boleh dibuat atas kek cawan
                                 Jenuh juga nak menyiapkan 15 biji kek cawan ni.
                                Peserta kek p[opular bergambar ramai selepas kursus.
                                Siap jugak akhirnya kek kita ni,tak sabar nak bawa balik.

Pada 27/2 dan 28/2 telah berlangsung dua kursus iaitu Kursus Kek Popular dan Kursus Kek cawan. Seramai 21 peserta menghadiri kursus Kek Popular dan 12 orang menghadiri kursus kek cawan. Tahniah kepada anda semua kerana menunjukkan kesungguhan mempelajari pelbagai jenis kek ini.Ada peserta yang datang dari Sarawak,Terengganu,Pahang dan Johor. Mereka sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menimba ilmu.Syabas diucapkan kepada anda semua.Lepas ni, rajin-rajinlah mencuba resipi yang telah dipelajari tu.Jangan simpan saja nota tu takut lupa pulak kaedah membuatnya.Oklah kita tengok gambar-gambar mereka semua.

Kursus Kek Lapis 7/3 masih ada kosong.

Kepada anda yang berminat untuk mempelajari cara membuat Kek Lapis Tradisional dan juga Lapis Sarawak, jemputlah mengikuti kursus ini yang akan diadakan pada hari Ahad 7/3/2010 di Aniz Baking Centre, Taman Samudra. Yuran istimewa diberikan kepada para peserta iaitu RM120 untuk bengkel sehari dari pukul 10 pg hingga 5 petang. Yuran ini adalah yang termurah jika dibandingkan dgn tempat-tempat lain.
Anda akan diajar pelbagai jenis kek lapis seperti Kek Lapis Prun Tradisional,Kek lapis Semarak, Kek lapis Kincir Angin, Kek Lapis Tembikai,Roll Domino, Roll Tikar dan beberapa resipi bonus.Anda juga diberikan tip dan panduan membuat kek lapis. Anda  boleh membeli buku Variasi Kek Lapis dengan harga diskaun rm17.00 saja.Kepada yang berminat boleh menghubungi Puan Noraini di talian 03-31675408/014-3247478.Tempat terhad kepada 20 peserta saja.