Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Kursus Kek Popular dan Kek Cawan Ada Kosong

Dua kursus akan berlangsung pada hari Sabtu 27/2 dan Ahad 28/2/2010. Kursus tersebut adalah Kursus Kek Popular pada hari Sabtu dan Kursus Kek Cawan pada hari Ahad. Masih ada kekosongan tempat untuk kedua-dua kursus ini maka sesiapa yang berminat untuk join kelas ini bolehlah menghubungi Puan Noraini di talian 014-3247478 atau 03-31675408 untuk booking tempat. Yuran adalah RM150 untuk peserta pertama kali  atau RM130 untuk bekas peserta. Bengkel sehari ini bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang dan diadakan di Aniz Baking Centre, No 589 B Tingkat 2, Jalan Samudra Utara 2, Taman Samudra Batu Caves, Selangor (berhampiran Giant Batu Caves). Anda tidak perlu membawa barang kecuali pen kerana semua disediakan.

Kursus Biskut Raya dan Kek Keju Februari 2010


Peserta kursus Kek Keju bergambar ramai.

Seronok akak kita dapat siapkan kek kejunya.

Kek Keju Cotton yang telah siap dihiaskan.

Ini pula peserta kursus Biskut Raya.

Cuba jangan tak cuba.

Sebahagian biskut yang telah disiapkan.




Dua kursus telah berlangsung pada hujung minggu lepas iaitu Kursus Biskut Raya dan Kursus Kek Keju. Seramai 15 orang peserta telah menghadiri kursus biskut dan 14 peserta menghadiri kursus kek keju. Tahniah diucapkan kepada anda semua kerana telah berjaya menjalani kursus seharian ini. Diharap anda mencuba resipi-resipi yang dipelajari dan sentiasa mempraktikkannya supaya anda menjadi cepat pandai. Oklah kita tengok gambar-gambar pada kursus ini.

JADUAL BULAN MAC SUDAH KELUAR

Jadual kursus untuk bulan Mac 2010 telahpun dikeluarkan.Kami menawarkan harga promosi RM120 saja untuk beberapa kursus seperti Kek Lapis Sarawak (7/3/2010),Aneka Talam dan Kuih Komersil (13/3/2010) dan juga Kursus Bahulu & Swissroll (21/3/2010). Pengurangan yuran ini adalah untuk membolehkan lebih ramai peserta mengikuti kelas ini. Maksima peserta adalah 20 orang saja dan sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Pn.Noraini di talian 014-3247478 atau 03-31675408 untuk booking tempat.

Untuk jadual kursus sila tekan link JADUAL ANIZ BAKING CENTRE diatas.