Hajah Noraini telah berkecimpung dalam bidang masakan ini sejak 12 tahun yang lalu.Kini telah membuka pusat masakan beliau sendiri yang diberi nama ANIZ BAKING CENTRE bertempat di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Pusat ini menganjurkan pelbagai jenis kursus masakan kepada kaum wanita atau lelaki yang berminat .Disamping itu beliau menjadi penulis buku masakan dan telah menghasilkan 3 buah buku iaitu Variasi Kek Lapis, Kompilasi Hidangan Kek dan Kompilasi Hidangan Berkeju. Buku beliau yang akan terbit pada tahun 2010 ialah Citarasa Biskut Popular dan Himpunan Petua-petua Masakan. Turut menyumbang artikel dan resipi untuk majalah SAJI, KELUARGA, NUR dan lain-lain.Berhasrat menyebarkan ilmu masakan kepada orang ramai melalui kursus dan penerbitan buku-buku masakan yang berkualiti supaya dapat mengembangkan dan memajukan industri masakan di kalangan Bumiputera.
Menganjurkan pelbagai kursus masakan seperti pembuatan kek, roti, pastri, kuih-muih, hiasan kek dan masakan komersil. Kursus diajar sendiri oleh Pn.Noraini Zakaria. Semua kursus diadakan di :
Aniz Baking Centre, No.45-1, Jalan Batu Nilam 5, Bandar Bukit Tinggi, Klang.
(SIGNBOARD : PROKARYA Publishing And Distributors)
Kepada anda yang berminat, sila hubungi Pn. Noraini di talian
03-31675408, 014-3247478
atau emel ke
admin@anizbakingcentre.com
Aniz Baking Centre telah ditubuhkan bagi memenuhi permintaan anda yang berminat mempelajari pelbagai kemahiran membuat kek, biskut, roti, pastri, kuih-muih tempatan dan masakan komersil. Matlamat kami adalah untuk membimbing kaum wanita khasnya dan masyarakat amnya untuk menceburkan diri dalam industri pembuatan makanan halal sebagai perniagaan sambilan ataupun sepenuh masa. Kursus-kursus kami juga sesuai buat anda yang gemar memasak untuk hidangan keluarga sahaja atau berminat mempelajari masakan baru dan sekadar mahu mencuba-cuba .
Sesiapa yang berminat mengikuti sebarang kursus di Aniz Baking Centre hendaklah membuat bayaran penuh sebelum menghadiri kursus. Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi Pn Noraini no. 014-3247478 atau 03-31675408.
1. Bank-in bayaran anda RM150 kemana-mana cawangan MAYBANK. Bayar atas nama PROKARYA PUBLISHING AND DISTRIBUTORS. No akaun : 562900001799 2. Hantar sms ke 014-3247478 memberitahu bayaran telah dibuat dan sertakan nama anda dan tarikh kursus yang ingin diikuti. Nama anda akan dimasukkan dalam senarai peserta. 3. Kami akan menyemak bayaran anda secara online. 4. Pada hari kursus, sila bawa slip bayaran anda untuk pengesahan. 5. Sekiranya anda tidak dapat hadir kursus tetapi bayaran telah dibuat, anda boleh menukar tarikh kursus yang lain. Anda hanya dibenarkan menunda kursus sekali sahaja. Jika anda gagal hadir buat kali kedua, bayaran anda tidak akan dikembalikan. 6. Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum kelas berlangsung. Kami berhak memindahkan anda ke tarikh lain sekiranya anda lewat membuat bayaran dan kelas tersebut telahpun penuh. 7. Tempat terhad kepada 20 peserta saja. Keutamaan akan diberi kepada peserta yang telah menjelaskan bayaran sahaja. 8. Pihak syarikat berhak untuk membatalkan atau menunda kelas jika didapati peserta kurang dari jumlah minima 5 orang. Bagaimanapun peserta yang telah membuat bayaran akan diberitahu melalui sms seberapa segera. Anda boleh meminta pemulangan bayaran atau bertukar ke kelas yang lain. 9. Sebaik-baiknya hubungi kami dahulu sebelum membuat bayaran bagi memastikan kursus tersebut masih ada kekosongan.
Jadual Kursus 2012
► JANUARI 2012 ◄
21/1/12 (Sabtu) TALAM DAN KUIH-MUIH 10 pagi – 5 petang (RM 150) Resipi : Talam Cendol, Talam Keladi, Talam Suji, Serimuka Pandan, Talam Lapis, Kuih Gula Hangus (Sarang Lebah), Kuih Bakar Bijan, Puteri Ayu dan 4 resipi bonus kuih talam yang dijamin menjadi.
22/1/12 (Ahad) KEK CAWAN DAN MUFIN ISTIMEWA 10 pagi – 5 petang (RM 150) Mempelajari pelbagai hiasan seperti Cream Cheese Frosting, Chocolate Ganache dan membuat kek cawan berinti. Resipi : Red Velvet Cupcake, Carrot Cupcake, Dark Chocolate Cupcake, Mufin Strawberi ,Mufin Popi Seed dan Mufin Blueberi.
28/1/12 (Sabtu) KEK LAPIS SARAWAK 10 pagi – 5 petang (RM 150) Mempelajari cara membuat kek lapis bercorak dan kek lapis gulung.Diajar cara memotong dan menyusun mengikut corak dikehendaki.Resipi spt.Kek Lapis Betawi, Kek Lapis Semarak, Kek lapis Kincir Angin, Kek Lapis Prun, Roll Domino dan Roll Tikar.
29/1/12 (Ahad) BAHULU DAN SWISSROLL 10 pagi – 5 petang (RM 150) Mempelajari cara membuat bahulu tradisional dan bahulu moden pelbagai perisa seperti bahulu pandan,bahulu cappucino,bahulu lapis dan bahulu gulung. Membuat Swissroll Marble, Benji Roll, Swissroll Trio Manis.
► FEBRUARI 2012 ◄
4/2/12 (Sabtu) ANEKA KEK KEJU 10 pagi – 5 petang (RM 150) Mempelajari cara membuat 6 jenis kek keju popular yang menggunakan kaedah bakar dan mendingin seperti Kek Keju Tiramisu, Cotton Cheese Cake, Kek Keju Blueberi, Kek Keju Sponge, Kek Keju Cip Coklat, Kek Keju Oreo. Turut ditunjukkan cara menghias Kek Keju .
5/2/12 (Ahad) ANEKA ROTI 10 pagi – 5 petang (RM 150) Mempelajari cara membuat Roti Ban Manis kaedah sponge dough seperti Sausage Roll, Plait Bread, Red Bean Bun, Mix Vege Bun, Donat Kentang dan Pizza. Turut mempelajari cara membuat Sandwich Bread dan Potato Bread
18/2/12 (Sabtu) FROZEN FOOD PART 2 10 pagi – 5 petang (RM 150) Resipi : Pau Lembut, Bom Bijan, Cucur Badak, Pulut Panggang, Apam Mekar, Sardin Roll, Apam Tepung Beras. Mempelajari cara pembungkusan dan teknik penyimpanan.
19/2/12 (Ahad) KEK COKLAT DAN HIASAN 10 pagi – 5 petang (RM 170) Resipi : Kek Coklat Moist, American Brownies, Span Coklat, Chiffon Coklat, Kek Coklat Kukus . Cara membancuh chocolate ganache dan menghias kek coklat.
25/2/12 (Sabtu) BISKUT RAYA UNTUK PERNIAGAAN 10 pagi – 5 petang (RM 150) Membuat Biskut Almond London, Biskut Tat Gulung, Tat Nyonya, Mama Carrie, Biskut Cip Coklat, Biskut Semperit, Biskut Fancy Aiskrim, Biskut Shortbread Coklat. Turut diberi resipi bonus dan buku biskut percuma.Tip buat bisnes biskut raya.
26/2/12 (Ahad) KEK CAWAN DAN HIASAN KRIM MENTEGA 10 pagi – 5 petang (RM 150) Resipi : Kek Cawan Oren, Kek Cawan Coklat, Kek Cawan Kismis Walnut, Kek Cawan Pandan dan 3 resipi bonus. Cara membancuh krim mentega dan menghias kek cawan dengan pelbagai corak menggunakan piping jelly dan krim mentega.
► MAC 2012 ◄
3/3/12 (Sabtu) TALAM DAN KUIH-MUIH 10 pagi – 5 petang (RM 150) Resipi : Talam Cendol, Talam Keladi, Talam Suji, Serimuka Pandan, Talam Lapis, Kuih Gula Hangus (Sarang Lebah), Kuih Bakar Bijan, Puteri Ayu dan 4 resipi bonus kuih talam yang dijamin menjadi.
4/3/12 (Ahad) ANEKA KEK KEJU 10 pagi – 5 petang (RM 150) Mempelajari cara membuat 6 jenis kek keju popular yang menggunakan kaedah bakar dan mendingin seperti Kek Keju Tiramisu, Cotton Cheese Cake, Kek Keju Blueberi, Kek Keju Span, Kek Keju Cip Coklat, Kek Keju Oreo. Turut ditunjukkan cara menghias Kek Keju .
10/3/12 (Sabtu) FROZEN FOOD PART 1 10 pagi – 5 petang (RM 150) Resipi : Karipap Biasa, Karipap Pusing, Donat, Kuih Kasturi. Samosa, Popia dan Apam Dot Dot. Penerangan mengenai cara pembungkusan dan teknik penyimpanan.
11/3/12 (Ahad) ANEKA PASTRI 10 pagi – 5 petang (RM 150) Mempelajari cara membuat Puff Pastry seperti Puff Sardin, Chicken Pie,Apple Pie, Portuguese Egg Tart, Tat Keju, Tat Buahan, Tat Telur dan Cream Puff.
17/3/12 (Sabtu) KEK LAPIS SARAWAK 10 pagi – 5 petang (RM 150) Mempelajari cara membuat kek lapis bercorak dan kek lapis gulung.Diajar cara memotong dan menyusun mengikut corak dikehendaki.Resipi spt.Kek Lapis Betawi, Kek Lapis Semarak, Kek lapis Kincir Angin, Kek Lapis Prun, Roll Domino dan Roll Tikar.
18/3/12 (Ahad) BAHULU DAN SWISSROLL 10 pagi – 5 petang (RM 150) Mempelajari cara membuat bahulu tradisional dan bahulu moden pelbagai perisa seperti bahulu pandan, bahulu cappucino,bahulu lapis dan bahulu gulung. Membuat Swissroll Marble,Benji Roll,Swissroll Trio Manis .
24/3/12 (Sabtu) HIASAN KEK DENGAN KRIM MENTEGA 10 pagi – 5 petang (RM 150) Membuat Kek Span, membancuh Krim Mentega dan mempelajari pelbagai corak seperti tulisan, bintang, bunga, daun dll. Menghias Kek Harijadi secara individu dan membawa pulang sebiji kek yang telah dihias sendiri.
25/3/12 (Ahad) HOMEMADE CHOCOLATE 10 pagi – 5 petang (RM 150) Mengenali jenis-jenis coklat. Mencairkan dan memasukkan coklat dalam acuan. Membuat pelbagai jenis dan bentuk coklat praline dan intinya. Membuat coklat truffle,coklat oreo,lolipop dan pembungkusan coklat untuk jualan atau hadiah.
31/3/12 (Sabtu) ANEKA KEK DAN KUIH KUKUS 10 pagi – 5 petang (RM 150) Mempelajari Kek Coklat Lembap, Kek Sarang Semut, Kek Buah Kukus, Kek Lapis Asam Manis, Apam Tepung Gandum, Apam Gula Hangus,Apam Coklat dan Apam Kaya Blossom.
1/4/12 (Ahad) BISKUT RAYA UNTUK PERNIAGAAN 10 pagi – 5 petang (RM 150) Membuat Biskut Almond London, Biskut Tat Gulung, Tat Nyonya, Mama Carrie, Biskut Cip Coklat, Biskut Semperit, Biskut Fancy Aiskrim, Biskut Shortbread Coklat. Turut diberi resipi bonus dan buku biskut percuma.Tip buat bisnes biskut raya.
Facebook Aniz Baking Centre
Search
Lokasi Aniz Baking Centre
Aniz Baking Centre beroperasi di premis baru yang beralamat No.45-1, Jalan Batu Nilam 5, Bandar Bukit Tinggi, Klang. Kursus akan bermula pada Februari 2011. (SIGNBOARD : PROKARYA Publishing And Distributors)