Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI




"SYAWAL SUDAH MENJELANG TIBA.TAK LAMA LAGI KITA AKAN BERHARI RAYA. SERONOKNYA NAK BALIK KAMPUNG, JUMPA KEDUA AYAH BONDA DAN SANAK SAUDARA. "



DIKESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA PELAWAT KE BLOG RESIPINORAINI. SAYA JUGA MENYUSUN JARI SEPULUH MEMOHON KEMAAFAN DARI ANDA SEMUA SAMADA PELAWAT ATAU BEKAS PESERTA KURSUS DI ANIZ BAKING CENTRE SEKIRANYA SEPANJANG KITA BERINTERAKSI TERDAPAT PERBUATAN ATAU TUTUR KATA YANG MENYINGGUNG PERASAAN ANDA.HARAP MAAF. JIKA DIPANJANGKAN UMUR, INSYAALLAH KITA AKAN BERSUA LAGI.



SALAM HORMAT DARI ,



PUAN NORAINI ZAKARIA DAN KELUARGA

PELABUHAN KLANG, SELANGOR.

Kursus Akan Datang

Assalamualaikum diucapkan kepada para pengunjung semua. Nampaknya kita sudahpun hampir ke penghujung Ramadan dan beberapa hari saja lagi kita akan menyambut lebaran. Ramai yang bertanya bila saya akan menyambung semula kursus. Nampaknya ramai yang tak sabar-sabar nak belajar ni . Sebenarnya macam ni, saya dan suami ada memohon pakej untuk menunaikan haji pada tahun ini. Tetapi nama kami belum confirm dapat pergi . Jika tak dapat pergi pada tahun ini maka kelas akan bermula pada bulan November. Bulan Oktober saya ada shooting untuk buku terbaru Aneka Biskut jadi tak dapatlah bermula kelas bulan Oktober. Sekiranya ada rezeki saya menunaikan haji tahun ini, maka kursus hanya bermula pada Januari tahun 2010. Apapun, perkembangan terbaru tentang kursus boleh diikuti dalam blog saya ini.
Posting pada 17/9/2009

Khasiat Bawang Putih

Rakan Muslim sekalian,

Mungkin sekarang tengah heboh tentang Influenza A H1N1 yang sedang melanda dunia.

Di Malaysia sahaja, jumlah kematian lebih dari 70 org, hampir 2000 dijangkiti. Di seluruh dunia pula lebih kurang 180 ribu dijangkiti dengan jumlah kematian lebih dari 1500 org. Jadi perbagai persoalan yang timbul akibat jangkitan ini.

Saya telah berbicara dengan beberapa Ustaz dan Doktor Muslim berkaitan Jangkitan ini. Ada beberapa perkara menarik yang saya ingin sentuhkan di sini melalui perbualan yang telah terjadi.

1.H1N1 adalah penyakit CIPTAAN GENETIK (SENJATA BIOLOGI)

Bila salah seorang sahabat saya seorang doktor berkata demikian, saya sendiri terpegun dan tertanya-tanya....betul ker? Dan dia memberi satu alasan yang tidak dapat saya tolak kemungkinannya.

1. Mula2 dikatakan jangkitan ini dari ladang babi di Mexico, dan dinamakan SWINE FLU ( SELSEMA BABI), kemudian perkataan itu ditarik balik dan dinamakan Influenza A H1N1. Kini, pihak WHO mengadakan ianya bukan dari babi, tetapi dari satu jangkitan yang tidak diketahui dari mana datangnya. kemungkinan besar adalah mutate dari semua jenis penyakit yang dibawa oleh babi. Tiada kepastian yang dapat diberi dari mana datangnya penyakit ini. Soalannya dari mana ia datang?

2. Jangkitan ini mempunyai masa pemusnah yang hampir tepat...maksud saya ialah, jangkitan pertama dalam 3 hari, jika tiada rawatan dalam 7 hari mangsa akan mati!!! Satu lagi perkara yang memeningkan kepala ialah ketepatan masa yang diberi untuk MATI!!! Sedangkan kita sendiri tahu, penyakit yang lebih berbahaya seperti AIDS, EBOLA, SARS dan lain2, pesakit juga akan mati....tetapi bukan dalam masa yang terancang seperti ini.

3. Bagaimana sesuatu penyakit yang baru terjadi, pihak terlibat boleh mencipta vaksin dalam masa yang sekejap? Sekarang sebanyak 1800 sukarelawan sedang mencuba sejenis vaksin yang dicipta TAK SAMPAI satu bulan virus ini tersebar. Harga jualan vaksin ini pula.......kita pun tidak tahu, tapi kenapa WHO menyatakan bahawa sebanyak US60b diperlukan, kemana duit itu pergi?

4. rakan saya juga berkata, ada pihak yang mengaut keuntungan dari penyakit ini sebab ubatnya memang telah ada, tetapi dibiarkan terlebih dahulu supaya lebih ramai pengidapnya dn lebih banyak wang yang masuk. UBATNYA TELAH ADA, jika betul mereka ini cekap, kenapa masih tiada vaksin untuk AIDS, Vaksin untuk SARS? Kita terus memandang tinggi manusia yang mencipta vaksin ini

5. Yang penting dari perbualan kami tadi ialah......apa kata jika virus ini digunakan dalam peperangan oleh orang KAFIR menentang ISLAM?... yang pastinya mereka tidak perlu mengangkat senjata, Cuma sebarkan sahaja penyakit ini......tunggu.....dan dalam masa tak sampai sebulan mencapai kemenangan!!! Dan kemudian pihak KAFIR mengatakan “PIHAK KAMI MENANG TANPA MENGANGKAT SENJATA, DAN DALAM MASA YANG SAMA KAMI SEDIA MEMBANTU MUSUH KAMI YANG DIJANGKITI!.”..... so... apa yang ada dapt dari ayat ini?, macam biasa dengar di IRAQ & AFGHANISTAN kan?

2. H1N1 adalah sejenis ASAP NERAKA yang diturunkan kepada MANUSIA

Perkara ini juga tidak dapat saya nafikan atau tolak kemungkinannya.Pendapat ini diberi oleh seorang ustaz ketika perbualan tadi. Banyak dalil yang disertakan, Cuma yang ingin saya sentuh ialah......dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan yang ALLAH S.W.T telah menjatuhkan pelbagai penyakit kepada kaum2 terdahulu kerana menolak dakwah Nabi & Rasul NYA. Kemungkinan salah satu penyakit itu adalah H1N1. Kita pula?........

Persoalan kedua yang di timbulkan oleh Ustaz ini pula menarik perhatian saya....... Kalau API, lawannya AIR, Kalau HIDUP Lawannya MATI, kalau SIHAT lawannya SAKIT.......tapi kalau ASAP......apa lawannya? Mari kita fikir bersama dan mungkin kita boleh refer pada yang arif tentang perkara ini. Lawan asap mesti ada, sebab telah dinyatakan yang ianya adalah ASAP NERAKA untuk manusia....walluhualam...

3. PENCEGAHAN UNTUK H1N1 (BUKAN RAWATAN)

Ini sebenarnya yang saya ingin maklumkan kepada semua. Harap disebarkan kepada semua rakan Muslim kita.

Kebanyak kes kematian di MALAYSIA boleh dikatakan (walaupun tiada pihak mengesahkan) ialah 80% orang MELAYU beragama ISLAM. Sedangkan penyakitnya jika betul adalah dari BABI, adakah Melayu Islam ada kaitan terus dengan BABI? Kenapa? Sebenarnya ubat pencegah penyakit ini telah diamalkan oleh bangsa lain dari tanpa memberitahu kepada kita. Kalau ada sesiapa mendengar RADIO IKIM pada Isnin 16hb Ogos pasti tahu jawapannya. Ceramah H1N1 disampaikan oleh seorang Ustaz di radio tersebut.

PENCEGAHAN H1N1 ADALAH................. Bawang Putih!!!!!

Terkejut???.... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.

1. Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
2. Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema, anti-astimin (kira semua ubat berkaitan dengan paru)-jangkitan H1N1 kat paru-parukan?
3. Bawang putih adalah anti penularan penyakit..... tak caya.... kalau kena bisul, cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi, adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan mati sendiri.
4. Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas, kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala
5. Kalau bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi..... mujarabkan?

Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih. Ia selalu dirahsiakan dari kita.

Saya ambil contoh disini....... kalau anda pernah nampak bangsa asing memasak (masak BABI contohnya), kenapa begitu banyak bawang putih dimasukkan. Kalau rancangan masakkan luar negara, kenapa bawang putih adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?

Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya

1. Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya, hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah
2. perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan
3. Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.
4. dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya......

Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu, jika ada salah silap pohon ampun dan maaf, Jika fakta yang diberi tidak betul, jangan la saman saya. Tak salah kita mencubanya. Insya-Allah

Tolong Sebarkan.......semoga Allah merestui kita....amin

Sekian terima kasih

credit kepada :
Hapizal Ramli

TIP MEMBUAT BISKUT


Biskut Badam ini dihias dengan coklat putih diatasnya.


Biskut Gajus



Biskut Oat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pengunjung semua. Alhamdulillah kita telahpun berpuasa 14 hari dan lebih kurang 2 minggu lagi akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Tentu ramai daripada anda semua sedang sibuk menyediakan pelbagai jenis biskut raya untuk hidangan lebaran nanti. Saya juga sibuk membuat pelbagai jenis biskut untuk buku biskut saya . Sampai hari ni dahpun siapkan 15 jenis biskut pelbagai jenis.Target saya nak siapkan 30 jenis biskut. Harap-harap dapatlah disiapkan. Jadi di ruangan ini saya ingin memberi sedikit tip sebagai panduan kepada anda semua. Membuat biskut tidaklah susah sangat cuma anda perlu tahu sedikit teknik-teknik yang betul.Anda juga boleh mencipta pelbagai jenis biskut baru mengikut kreativiti anda sendiri.

Tip Membuat Biskut

1. Panaskan ketuhar sebelum kepada 180 C selama 15 minit.
2. Guna mentega tulen lebih sedap dari majerin.
3. Tepung gandum all purpose boleh digunakan tapi lebih rangup jika guna tepung biskut (Cookies flour).Saya guna tepung jenama Red Rose.
4. Guna telur bersaiz sederhana, jangan guna telur besar kerana banyak air dan jadikan doh lembik.
5. Jika doh lembik, boleh tambah sedikit tepung. Masukkan dalam plastik dan simpan peti sejuk 30 minit agar ia mengeras.
6. Emplex adalah serbuk perangup biskut, tapi tak semua biskut mengunakannya.Jika dah rapuh, tak perlu guna emplex.
7. Sebaiknya bakar biskut guna api atas dan bawah.
8. Biarkan biskut sejuk baru diangkat dari dulang pembakar. Masih panas ia lembut dan mudah pecah.
9. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.Biskut tahan disimpan 3 bulan tanpa bahan pengawet.
10. Biskut perlainan jenis jangan disimpan dalam bekas yang sama kerana akan berubah rasa.

Banyak lagi tip dan panduan yang dimuatkan dalam buku baru saya nanti. Apa-apapun saya mengucapkan semoga sukses dalam projek biskut raya anda.SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.



Masakan Berayam Yang Mudah


Ayam goreng bersalut tepung.


Sup ayam lada hitam.

Salam untuk semua pengunjung. Hari ini saya akan berikan beberapa resipi berayam yang mudah, ringkas dan cepat disediakan iaitu Sup Ayam Lada Hitam dan Ayam Goreng Bersalut Tepung. Bolehlah mencuba untuk berbuka puasa nanti.

SUP AYAM LADA HITAM
Bahan :
10 ketul ayam, dibersihkan
2 biji ubi kentang, dipotong 4
2 pokok daun sup dan daun bawang, dimayang halus
1 sudu besar lada hitam, ditumbuk halus
air secukupnya
1 bungkus sop bunjut Adabi
minyak masak secukupnya untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumis :
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia, dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang dan sedikit buah pelaga

Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumis diatas hingga naik bau.
2. Masukkan ayam, sup bunjut dan air secukupnya dan masak sampai mendidih.
3. Masukkan kentang dan lada hitam .Masak lagi hingga kentang empuk.
4. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan daun sup yg telah dihiris,garam secukup rasa.
5. Biarkan mendidih sebentar dan tutupkan apinya.

Tip : Untuk mengelakkan kentang menjadi hitam, setelah dikupas kulitnya hendaklah direndam dalam mangkuk berisi air.


AYAM GORENG BERSALUT TEPUNG
Bahan-bahan :
10 ketul ayam (ikut suka banyak mana nak)
1 kotak tepung goreng ayam Nona (tepung ala KFC)
1 biji telur
sedikit garam dan lada sulah
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara Membuatnya :
1. Ayam dibersihkan dan gaul garam dan lada sulah.Perap 15 minit.
2. Panaskan minyak. Telur dipukul dengan garfu agar sebati.
3. Celup ayam dalam telur dan golekkan atas tepung goreng hingga bersalut semuanya.
4. Masukkan dalam minyak dan gorenglah hingga bewarna perang.

Nota: Kak Ani suka gunakan kotak warna biru, ada rasa pedas dan rangup. Sedap dicicah dengan sos semasa masih hangat.