Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Kursus Masakan Bulan Ogos 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada para pengunjung semua. Pejam celik kita dah pun sampai ke bulan terakhir sebelum berpuasa dan berhari raya. Untuk bulan Ogos ini tinggal beberapa kelas saja lagi dan atas permintaan ramai saya lanjutkan kelas sehingga 15/16 Ogos iaitu lebih kurang satu minggu sebelum puasa. Untuk makluman anda semua kelas 1 Ogos(Sabtu) ditukar ke 2 Ogos (Ahad) kerana khabarnya ada demonstrasi besar di KL pada tarikh tersebut.Kemungkinan semua jalan ke KL kena road block dan menyebabkan jam teruk. Supaya tidak menyusahkan anda semua maka kursus Hiasan Kek ditukar ke hari Ahad. Berikut adalah jadual baru untuk bulan Ogos 2009.


2 OGOS - KURSUS HIASAN KEK DGN KRIM MENTEGA DAN PIPING JELLY.(RM130)
Mempelajari cara membuat Kek Span, Membuat Krim Mentega, Teknik menghias kek,Bunga Ros, Daun dan lain-lain Paten.Membuat Kek Kartun dengan Piping Jelly. Membawa pulang sebiji kek yang telah berhias.

8 OGOS - KURSUS ANEKA BISKUT RAYA (RM130)
Mempelajari teknik membuat biskut dan tip membuat bisnes biskut raya. Resipi spt. Permaisuri Badam, Fancy Aiskrim, Mama Carries, Havana Strawberi, Cip Coklat, Oatmeal, Tat Gulung, Sampan Kelapa dan Suji Bergajus + 2 resipi bonus.

9 OGOS - KURSUS ANEKA KEK POPULAR (RM130)
Mempelajari teknik membuat kek. Resipi spt Kek Span Pandan, Span Coklat, Pandan Layer, Choc.Moist, Blueberi Cheese Cake, Tiramisu, Kek Pelangi, Kek Buah dan menghias kek Black Forest dan Blueberi dengan Non Dairy Whipping Cream.

15 OGOS - KURSUS BAHULU DAN MUFFIN (RM 130)
Mempelajari teknik membuat bahulu, tahan lama dan pembungkusan. Resipi spt Bahulu Cermai, Bahulu Pandan, Bahulu Cappucino, Bahulu Kemboja (pecah lapan), Bahulu Gulung, Bahulu Lapis. Mufin - Mufin Blueberi, Mufin Cip Coklat, Mufin Strawberi Berinti.

16 OGOS - KURSUS KEK CAWAN DAN HIASANNYA (130)
Mempelajari teknik membuat kek cawan seperti Kek Oren Popi, Kek Kismis Walnut, Kek Coklat dan Kek Pandan + 3 resipi bonus. Cara membuat krim mentega dan menghiasnya dengan pelbagai jenis corak yang menarik. Membawa pulang 10 biji kek yang dihias sendiri.


Semua kursus adalah secara hands-on dr pukul 10 pg - 5 ptg.Kursus diadakan di Aniz Baking Centre, Taman Samudra, Batu Caves, Selangor. Yuran rm 130 bayar pada hari kursus. Tidak perlu membawa barang kecuali pen saja. Sijil diberikan pada peserta.

Kursus Kek Cawan 25 Julai 2009


Ini memang betul-betul belajar, penuh meja.


Hasil karya para peserta yang unik-unik belaka.


Para peserta bergambar kenangan.
Kursus Kek Cawan telah berlangsung pada 25 Julai yang lalu dimana 20 orang peserta telah menamatkan kursus dengan jayanya. Semoga sukses kepada anda semua.

Kursus Kek Popular 18 Julai


Dah siappun kek kita ni.


Para peserta bergambar kenangan.

Kursus Kek Popular telah berlangsung pada 18 Julai.Seramai 20 peserta telah menghadiri kursus ini. Nampaknya mereka seronok benar dapat mempelajari pelbagai jenis kek untuk hidangan hari raya nanti. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada anda semua.

Bisnes Biskut Raya

Kita dah pun berada dalam pertengahan bulan Julai dan bulan Ogos kita akan mula berpuasa. Bagi rakan-rakan kita yang bisnes biskut raya tu, ada yang dah mula buat biskut untuk jualan. Mengenang zaman saya bisnes biskut raya dulu, memang sebulan sebelum puasa dah sibuk membeli bahan mentah dan buat biskut untuk sampel kepada pelanggan. Orang kita ni biasalah, dah tahu rasa biskut kita tapi masih nak rasa jugak, maklumlah kuih free.Tapi takpalah, nak bisnes kenalah keluar modal dulu , iyatak.

Oklah, selamat maju jaya kepada anda semua. Semoga rezeki anda melimpah ruah pada tahun ini.Tapi bila dah loaded tu, sedekahlah sikit pada kedua ibu-bapa,saudara mara dan orang yang memerlukan.Moga bertambah berkat rezeki anda.

Kursus Biskut Raya 11 Julai 2009


Serius betul akak kita membuat biskut mama carries tu!


Hari raya ni penuhlah meja dengan macam-macam biskut.


Semangat gotong-royong dalam kelas biskut raya.

Sorilah kengkawan, lambat pulak posting untuk kelas yang lepas.Oklah pada hari Sabtu lepas telah berlangsung kursus Biskut Raya. Seramai 20 peserta telah menghadiri kursus ini. Kebanyakannya orang KL dan Selangor dan ada juga yang jauh dari Temerloh dan Terengganu. Apapun, tahniah diucapkan kepada anda semua.Moga sukses selalu.

Kursus Masakan Frozen Food , 5 Julai 2009


Para peserta kursus frozen food.


Seronoknya main masak-masak.


Kuih-muih yang telah disiapkan.

Kursus Frozen Food telah diadakan baru-baru ini dimana seramai 15 peserta telah menghadirinya. Pelbagai jenis kuih-muih yang boleh didinginbekukan (frozen) telah dipelajari seperti pau, donat, karipap pusing dan sebagainya. Tahniah kepada anda semua kerana telah mengikuti kursus ini dengan jayanya.